UMNO Sabah Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beluran

IMG-20210127-WA0009.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Mohd Fazli Zikiri yang meninggal dunia lebih kurang pukul 2.30 petang Rabu di salah sebuah hospital swasta di sini .

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan, Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beliau.

“Mewakili keluarga besar UMNO Sabah dan secara peribadi, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, ” katanya .

Mohd Fazli yang juga pengawai khas kepada Bung merupakan seorang pemimpin pemuda yang aktif. Pada zaman remajanya beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Belia.

“Kami kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa ,didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujar Bung.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top