UMNO Sabah Minta Kerajaan Persekutuan Lanjutkan Morotarium Untuk Pengusaha Bas Mini Sandakan

ghazalie.jpg

Ghazali

Kongsi Bersama

SANDAKAN: UMNO Sabah meminta kerajaan pusat mempertimbangkan untuk melanjutkan moratorium kepada pengusaha bas mini di Sandakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

Pengarah Komunikasi UMNO Sabah Ghazalie Ansing berkata UMNO Negeri prihatin dengan cabaran meraih pendapatan dihadapi sebahagian besar daripada 518 ahli Persatuan Pengusaha Bas Mini Sandakan (PPBMS) akibat kekurangan penumpang sehingga mereka menanggung beban pinjaman dan pajakan bas.

“UMNO Sabah menyokong penuh permintaan PPBMS agar kerajaan membantu mereka mendapatkan lanjutan moratorium daripada pemberi pinjaman terlibat seperti syarikat pajakan persendirian.

“UMNO Sabah turut menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong agar dapat melaksanakan inisiatif bantuan sara hidup kepada pengusaha bas secara menyeluruh seperti melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang perlu diperhalusi dan diperluaskan kepada semua pengusaha bas mini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Ghazalie berkata persatuan itu turut meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi 50 peratus terhadap kerugian ditanggung pengusaha bas yang terpaksa beroperasi dengan had muatan 50 peratus kapasiti penumpang, dan pemberian bantuan “one-off” bersama kategori perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti teksi, e-hailing dan pemandu pelancong.

Beliau berkata PPBMS turut meminta pelanjutan had usia bas sehingga 30 tahun berikutan keadaan ekonomi yang kurang memuaskan selain bas mereka dibenarkan melalui pemeriksaan berkala setiap tahun dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti teksi dan kereta sewa.

 

– Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top