UMNO Sabah Kekal Dengan GRS – Bung Moktar

BungMoktar.jpg

Bung Moktar (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: UMNO Sabah kekal dengan pendirian bersama rakan komponen dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sehubungan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Kerajaan Sabah ditadbir GRS masih berfungsi seperti biasa dan menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Malah, jelasnya, pendirian itu turut dinyatakan pihaknya dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tetap mempertahankan GRS dan terus menghormati mandat rakyat. Kita baru sahaja mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Kerajaan GRS masih berfungsi bagi menjalankan tugas kesejahteraan demi rakyat Sabah,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Bung Moktar berkata demikian bagi mengulas isu kemelut UMNO Pusat yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung senario politik semasa yang berlaku di Semenanjung sebaliknya menetapkan Sabah tetap mempertahankan intitusi pentadbiran sedia ada.

Terdahulu, Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam Rabu memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletak jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

MKT UMNO turut menegaskan sebarang usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditolak sepenuhnya oleh parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, berkata penolakan itu termasuklah kerjasama parti itu dengan DAP. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top