UMNO Mempunyai Struktur Yang Kukuh – Bung Moktar

IMG-20211019-WA0005.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

PITAS: UMNO tidak menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan jentera parti sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata UMNO merupakan sebuah parti yang lengkap strukturnya dari peringkat atasan, bahagian sehingga ke peringkat cawangan.

“Jika semua jentera cawangan, Wanita Pemuda, Puteri dan bahagian berfungsi dan dapat melaksanakan tanggunjawab serta peranan masing -masing parti pasti kukuh khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat cawangan berkelompok bagi cawangan-cawangan UMNO di Zon pitas melibatkan dua kawasan DUN iaitu Pitas Dan Bengkoka di Dewan terbuka UMNO zon Pitas kemarin.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin ,Ketua UMNO Bahagian Kudat Hj Akram Hj Ismail dan Pengerusi Penyelaras UMNO Pitas yang Juga Adun Bengkoka Harun Durabi.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, struktur yang sedia ada perlu berfungsi mengatur gerak kerja, mendekati ahli akar umbi dan pengundi serta membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kegiatan UMNO di semua peringkat cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan bahagian bukan berkala tapi perlu sentiasa berjalan bagi membuktikan kita bukan parti bermusim, “tegas Bung.

Bung menambah apa yang berlaku pada UMNO ketika ini apabila salah seorang naib presidennya, Datuk Seri Sri Ismail Sabri Yaakob b dilantik menjadi perdana menteri merupakan satu rahmat yang Allah berikan kepada seluruh ahli UMNO.

“PRU ke 14 UMNO sudah diuji ,gagal mempertahankan kerajaan dan betapa peritnya terpaksa menjadi pembangkang, oleh itu seharusnya ia memberikan keinsafan kepada semua pemimpin UMNO untuk istiqamah dan meperbaiki kelalaian masa lampau, ” katanya.

Menurut Bung, UMNO khususnya di Sabah sebelum ini dianggap sudah terkubur dan tidak relevan namun dengan semangat juang tinggi ahli di peringkat akar umbi membuktikan tidak ada satu cawangan atau bahagian di Sabah yang dibubarkan selepas PRU ke-14,ini membuktikan slogan parti dahulu, kini dan selamanya meresap dijiwa ahli-ahli UMNO .

Sehubungan dengan itu Bung mahukan agar mesyuarat cawangan-cawngan di seluruh bahagian berjalan lancar dengan menjadikan mesyuarat sebagai platfrom permuafakatan di samping mengatur strategi untuk menghadapi PRU ke-15 akan datang.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top