UMNO Harus Pragmatik, Muafakat Nasional Wadah Yang Berjaya – SSK

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: UMNO Seharusnya bersikap pragmatik untuk menyelami realiti masa kini, di mana tidak ada parti boleh memenangi pilihan raya secara sendirian.

Dengan pandangan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak dalam hantaran terbaharunya di Facebook hari ini.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Dr Salleh berpendapat bahawa Muafakat Nasional (MN) merupakan wadah yang berkesan dan berjaya.

“Demi masa depan, kita patut tumpukan perhatian untuk memperbaiki MN bagi mendapatkan rakan kongsu baharu untuk memastikan kestabilan politik yang berkekalan,” tulis beliau.

Adun Usukan, yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia persekutuan itu seterusnya mengatakan bahawa di Sabah, matlamat UMNO berada bersama dalam GRS adalah kerana parti itu tetap fokus berkhidmat dan membawa kestabilan serta pembangunan kepada rakyat.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top