UMNO Desak PM Gugurkan 4 Menteri UMNO?

bp_hussein_080618_92.jpg
Kongsi Bersama

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti.

Menurut sumber, permintaan itu dan beberapa perminataan lain dikemukakan kepada Muhyiddin oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya (teleconference) semalam.

Biro Politik UMNO dikatakan mahu semua pelantikan kabinet mewakili UMNO mengambil kira hirarki dalam parti.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit.

Biro Politik UMNO sebelum ini mengumumkan untuk mempertimbangkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan terma-terma baharu.

Sekiranya dakwaan ini benar, Muhyiddin perlu menggugurkan empat orang menteri UMNO seperti Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.

Selain permintaan tersebut ada beberapa permintaan lain yang enggan didedahkan oleh sumber kami buat masa ini.

Setakat ini SuaraTV belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pemimpin UMNO. –Suara TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top