UMNO berhak tanding di Sabah kerana UMNO Sabah dipimpin anak Sabah – Bung Moktar

Bung-Kimanis.jpg

(Kredit foto: FB Bung Moktar Radin)

Kongsi Bersama

PAPAR: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang menolak parti dari Semenanjung yang dikatakannya cuba merebut kerusi Parlimen di Sabah.

Bung Moktar menegaskan UMNO yang sudah 33 tahun bertapak di Sabah dipimpin oleh rakyat tempatan termasuk beliau yang juga penduduk asal negeri ini.

“Semalam STAR menyatakan UMNO parti Malaya (Semenanjung) tidak perlulah bertanding Parlimen di Sabah sebab UMNO sudah banyak kerusi di Malaya. Jangan cuba-cuba lagi ambil kerusi Parlimen di Sabah.

“Siapa Jeffrey ini? Siapa STAR ini? Dia mulut celopar, bertanding menang satu kerusi saja Parlimen, enam kerusi DUN mulut celopar.

Pada tahun 2003, Jeffrey pernah memohon dan diterima sebagai ahli UMNO, namun Majlis Tertinggi UMNO kemudian membatalkan keahliannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kimanis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan, di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ketua Bahagian UMNO Kimanis merangkap Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Jamal Nerubi Wakil Umno Sabah.

Dalam pada itu, Bung Moktar mengingatkan ahli UMNO Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan daripada pihak lain terhadap UMNO.

“Jangan kita terlena dengan hasutan dan juga kebencian daripada musuh-musuh. Di Sabah ini kita cuba berbaik, kita berbaik dengan semua orang dengan semua parti.

“Tetapi tidak pernah seinci pun di hati mereka untuk melihat kita ini baik bahkan mereka lihat UMNO ini sebagai musuh dan perlu dihancurkan,” katanya.

Menurut Bung pemimpin-pemimpin seperti ini keterlaluan memainkan isu perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

“ Rakyat di negeri ini perlu belajar dari sejarah masa lampau ketika PBS menjadi kerajaan dan Jeffrey ketika itu bersama PBS,ada kaum ditekan sehingga beberapa pemimpin Sabah meminta Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah dan apabila Umno mengambialih pemerintahan kerajaan negeri barulah wujud kestabilan politik tanpa mengabaikan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum,” katanya

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, sudah tiba masanya untuk jentera di negeri ini memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kami akan memastikan UMNO Sabah terkuat di seluruh negara. Kami akan jadikan kemenangan kami dan kemenangan UMNO Sabah ini menyumbang kepada kemenangan UMNO di seluruh negara.

“Kita perlu mengambil iktibar, tidak boleh berlengah lagi, kita tidak boleh lagi menjadi melukut di tepi gantang. Kita tidak boleh lagi menjadi parti yang asal ada, asal dapat jadi kerajaan, sudah ada dalam kerajan dan untuk makluman, keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sedikit pun tidak ada kekesalan dalam jiwa saya,” tegasnya.

Jeffrey sebelum ini dilaporkan berkata menolak parti dari Semenanjung yang datang untuk merebut kerusi Parlimen di Sabah.

Beliau berkata, pembahagian kerusi Parlimen sudah dilakukan di mana Semenanjung sudah memiliki bahagian besar dalam kerusi Parlimen iaitu sebanyak 65 peratus manakala di Sabah dan Sarawak hanya 35 peratus.

Bagaimanapun, beliau mendakwa peratusan itu sudah berkurangan kepada 25 peratus manakala kerusi di Semenanjung telah bertambah sehingga 75 peratus.

Sumber: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top