UMNO Belum Pulih Sepenuhnya Dari Hukuman Orang Melayu

tok-mat-umno.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: UMNO hakikatnya masih belum pulih sepenuhnya dari hukuman keras bangsa Melayu terhadap parti itu.

Timbalan Presiden UMNO , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akibat penolakan orang Melayu terhadap UMNO, parti itu menerima dua kesan.

Katanya, parti itu lemah sehingga menyebabkan politik Melayu menjadi sangat berkecamuk dan bercempera.

“Selain itu, kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu meruncing. Jangan kita lupa.Sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah, banyak dasar yang di perkenalkan, bertentangan dengan kepentingan bangsa Melayu.

“Kedudukan orang Melayu meleset sehinggalah akhirnya, setelah 22 bulan, orang Melayu sedar bahawa PH tidak boleh menjadi wakil yang dipercayai dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.Mereka hanya pandai mengaburkan mata sesetengah kita,” katanya dalam ucapan Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam tadi.

 

Sumber: UTUSAN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top