UMNO Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan Warisan – Asyraf Wajdi

asyraf.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: UMNO belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata hasrat kerjasama sekadar dinyatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan UMNO masih ada banyak masa untuk membuat keputusan.

“Kita belum buat apa-apa keputusan dan tidak juga ada sebarang perbincangan,” katanya kepada media ditemui selepas Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini, semalam.

Asyraf Wajdi ditanya mengenai kenyataan Mohd Shafie parti itu akan menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah dalam PRN yang dijangka diadakan tahun depan untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Mohd Shafie dilaporkan berkata, perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah, untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Dalam reaksi balas kenyataan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya juga tiada halangan menjalin kerjasama dengan Warisan.

Katanya, walaupun setakat ini UMNO Sabah belum menjalin kerjasama secara rasmi dengan Warisan, beliau mengakui kepentingan kerjasama di antara parti politik menghadapi PRN.

Asyraf Wajdi berkata, terlalu awal untuk membincangkan isu mengenai PRN Sabah.

“PRN bukan mahu diadakan esok. Masih ada masa,” katanya.- Bharian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top