Umno Beaufort Hulur Sumbangan Pasca Banjir Kepada Penduduk Kg Kerukan

Umno-beaufort.jpg

Abdul Rahman diiringi oleh AJK Pemuda AK Yazri Pg Yahya menyerahkan keperluan tilam, selimut dan bantal kepada wakil penerima penduduk Abd Razak Jilun semasa majlis tersebut.

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KUALA PENYU:  Umno bahagian Beaufort menyumbang  beberapa keperluan berupa tilam bantal dan selimut untuk diagihkan kepada 52 orang ketua isi rumah yang terlibat dengan musibah  banjir di Kampung Kerukan dekat sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Setiausaha Umno bahagian berkenaan, Abdul Rahman Mohd Taib yang mewakili Ketua Umno bahagian Datuk Awang Aslee Lakat yang kini berada di Johor bagi membantu jentera BN berkempen semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Abdul Rahman sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa selepas banjir yang berlaku di kampung tersebut bulan lepas di mana banyak harta benda penduduk gagal diselamatkan ekoran air yang mendadak naik ketika kejadian berlaku.

“Hari ini Umno bahagian tampil menghulurkan bantuan walaupun hanya bantuan kecil namun kami berharap dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan sumbangan tersebut di beberapa buah rumah penduduk yang terjejas.

Sementara itu beberapa orang penduduk ketika ditemui mezahirkan penghargaan dan terima kasih  kepada Umno bahagian Beaufort yang cakna dan prihatin dengan nasib mereka.

Seorang penduduk Abd Razak Jilun berkata sumbangan tersebut dapat meringankan beban penduduk khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam perkembangan yang sama Abdul Rahman berkata Umno bahagian Beaufort juga terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membantu menghulurkan bantuan bakul makanan kepada mereka yang menjalani kurantin kendiri di rumah ekoran jangkitan virus Covid-19 yang masih berleluasa di daerah itu.

Abdul Rahman bersama Ak Yazri ketika menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang berkurantin di rumah di Kg Palu-Palu Kuala Penyu.

“Setiap keluarga yang menjalani kurantin di rumah sebaik sahaja laporan kami terima bantuan bakul makanan akan segara di hulurkan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Rahman turut mengingatkan penduduk di daerah tersebut agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan selain mengutamakan aspek kebersihan dan mengelak berkumpul beramai-ramai.

“Pematuhan ini penting bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang masih lagi berlaku ketika ini,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top