Umno Beaufort Akan Letakkan Calon Pada PRU-15

IMG-20211103-WA0003.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

BEAUFORT : Umno bahagian Beaufort mengambil pendirian akan meletakkan calon dari parti itu pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Ketuanya Datuk Awang Aslee Lakat berkata, tidak ada sebab bagi Umno tidak meletakan calon pada PRU akan datang memandangkan kawasan itu sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno.

” Hanya bila berlakunya rentas parti oleh Ahli Parlimenya tanpa persetujuan sepenuhnya dari ahli-ahli Umno bahagian itu ,dengan mudah kawasan tersebut di beralih kepada parti lain tanpa persetujuan ahli-ahli di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat cawangan berkelompok bagi daerah mengundi Melabau di sini kemarin.

Menurut Awang Aslee walaupun berlaku rentas parti ,Umno bahagian itu masih wujud dan tidak ada cawangan yang dibubarkan, ini melambangkan struktur Umno khususnya di bahagian itu masih kukuh.

Menurut beliau terdapat lebih dari 224 cawangan Umno masih berfungsi seperti biasa dan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

” Saya yakin ahli-ahli yang ada adalah mereka yang setia kepada prinsip perjuangan dan tidak ada sebab bagi kita melepaskan kawasan ini untuk diwakili oleh Umno pada PRU akan datang,” ujar beliau.

Mengulas perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan yang sedang berlangsung di bahagian itu Awang Aslee berkata momentum dan sambutan ahli-ahli Umno masih di tahap yang tinggi,malah kehadiran mereka ke mesyuarat cawangan-cawangan begitu menggalakkan walaupun melalui SOP ketat yang ditetapkan.

“Saya yakin semangat dan kesetiaan mereka kepada parti masih kukuh malah ada ahli-ahli baharu yang berminat menyertai perjuangan Umno,” katanya.

Awang Aslee menerima borang keahiian daripada ahli baharu Umno.

Pada majlis tersebut Awang Aslee turut menerima 49 ahli baharu Umno dari daerah mengundi Takuli.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Umno yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Datuk Hajjah Siti Aminah Hj Aching, Naib Ketua Umno bahagian Awang Damit Jion dan Ketua Penerangan Umno bahagian Abdullah Satar.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top