UMNO Bahagian KK Agih Bantuan Makanan Di DUN Luyang & Likas

umno-KK-news2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sebanyak 966 unit rumah kos rendah di Kepayan Ridge disini menerima  bantuan makanan yang disumbangkan UMNO Bahagian Kota Kinabalu.

Penyerahan itu turut mendapat kerjasama Unit Pemimpin Pembangan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang.

Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, bantuan itu adalah bagi membantu meringankan bebanan penduduk sekitar khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Baru-baru ini kami dengan kerjasama UPPM DUN Luyang serta dibantu beberapa rakan dari Amal Bakti Likas mengagihkan sumbangan bantuan makanan ke 23 blok perumahan di Kepayan Ridge melibatkan 966 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Kita memahami situasi yang sukar ini, ada penduduk yang mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, justeru dengan sumbangan diharap mampu membantu meringankan bebanan penduduk di sini,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari pada Isnin.

Musliati berkata, agihan bantuan makanan itu diserahkan secara individu ke setiap rumah sebagai pematuhan kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, selain penghuni di perumahan itu, pihaknya turut mengagihkan bantuan ke beberapa unit rumah kedai di kawasan berkenaan.

“Selain di Kepayan Ridge, kami turut mengagihkan bantuan sama kepada 264 penerima membabitkan penduduk sekitar Taman Changyai Villa, Lot Kedai dan Taman Likas Jaya.

“Pada agihan ini, kami mendapat kerjasama UPPM DUN Likas bagi menjayakan agihan bantuan makanan tersebut,” katanya.

Katanya, bantuan makanan itu merangkumi keperluan asas seperti beras, telur dan beberapa keperluan lain.- Sabah Media


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top