Umno Bahagian KK Agih 200 Pek Makanan Kepada Frontliner, Gelandangan

umno-bhg-kk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sebanyak 200 pek makanan untuk sahur diagihkan kepada petugas barisan hadapan termasuk gelandangan dan masyarakat sekitar bandar raya Kota Kinabalu di sini awal pagi semalam.

Program singgah sahur sempena program Infaq Ramadan itu telah dianjurkan UMNO Bahagian Kota Kinabalu.

Dalam laporannya portal Sabah Media memetik Ketua UMNO bahagian berkenaan Musliati Moslimin sebagai berkata, program yang bermula jam 2 pagi itu adalah bagi meraikan dan menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas khususnya pada waktu malam.

“Kita turut menghargai pengorbanan mereka yang sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia khususnya di Sabah sentiasa terjaga dengan baik.

“Selain itu, kita turut mengagihkan makanan untuk bersahur ini kepada golongan gelandangan dan masyarakat sekitar bandar raya Kota Kinabalu, tidak kira agama dan bangsa,” katanya kepada Sabah Media di sini semalam.

Katanya, antara lokasi yang diagihkan adalah di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) dan Balai Polis Kota Kinabalu.

“Berbanding dua tahun lalu, meskipun kita berdepan dengan pandemik COVID-19 , program seumpama ini tetap kita adalah dimana ini merupakan program tradisi kita setiap kali Ramadan.

“Dimana pada pandemik lalu kita telah menyantuni petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang COVID-19 selain masyarakat setempat turut mendapat agihan.  Sudah pasti kita akan terus laksana program ini setiap tahun,” katanya.

Pada hari ini, UMNO Bahagian Kota Kinabalu turut menyerahkan bubur lambuk kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah sebanyak 1,000 pek termasuk makanan berbuka puasa.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top