UMNO Bahagian Beaufort Lakukan Rombakan Kecil

beaufort.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: UMNO bahagian Beaufort akan melakukan sedikit rombakan struktur kepimpinan bahagian ekoran beberapa jawatan tertinggi UMNO bahagian itu telah dikosongkan sebelum ini.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Awang Aslee Lakat berkata, rombakan itu hanya melibatkan beberapa jawatan utama yang telah dikosongkan sebelum ini susulan keputusan dua penyandang utama sebelum ini ketua UMNO bahagian dan timbalannya meletakkan jawatan kerana bertanding sebagai calon Bebas dan Parti Cinta Sabah (PCS)  dalam Pilihanraya Negeri baru-baru ini.

“Hanya sedikit rombakan kecil yang  tidak melibatkan keseluruhan jawatan,hanya jawatan yang kosong  yang perlu diisi bagi melicinkan urusan jentera pentadbiran UMNO bahagian ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bakul makanan sumbangan UMNO bahagian kepada ketua ketua cawangan Pemuda Wanita dan Puteri UMNO yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort Datuk Siti Hajah  Aminah Aching, Ketua Pergerakan Pemuda Mohd Fadzli Misdeh dan ahli jawatankuasa UMNO bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda  dan Puteri.

Sementara itu bekas Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib dilantik menjadi Setiausaha UMNO bahagian Beaufort yang baharu.

“Setakat ini kita sudah melantik Setiausaha UMNO bahagian selebihnya jawatan yang kosong akan kita isi kemudian,” jelas Awang.

Dalam perkembangan yang sama Awang Aslee yang juga berkata UMNO Beaufort akan terus berfungsi di mana memontum  kesetiaan ahli-ahlinya masih kukuh untuk terus berjuang memperkasakan UMNO di bahagian itu.

“PRN telah berlalu tumpuan kita adalah untuk terus memperkasakan UMNO bahagian ini bagi menghadapi cabaran akan datang terutamanya untuk menghadapi PRU 15,” katanya.

Sambil menghargai dan berterima kasih atas kepercayaan pucuk pimpinan UMNO khususnya Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang melantik beliau sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Awang Aslee yang juga Penolong Setiuasaha UMNO Sabah berharap sokongan berterusan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi khususnya di bahagian itu diteruskan

“Kepercayaan pucuk pimpinan melantik saya sebagai pembangku ketua bahagian merupakan amanah yang perlu digalas bersama, tanpa sokongan dari semua pihak kepimpinan bahagian,wanita pemuda dan puteri sudah tentu sukar saya melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top