Umat Islam Kg Kekapor Nikmati Kemudahan Lebih Selesa

limus-1.jpg

Limus (dua dari kanan) menyerahkan meja lipat sebagai simbolik sumbangan meja untuk KAFA.

Kongsi Bersama

KUALA PENYU: Umat Islam di Kampung Kekapor kini menikmati kemudahan solat serta pembelajaran Al-Quran lebih selesa.

Pengerusi Masjid Al-Ikhwan Kg Kekapor, Ali Ogas berkata masjid dengan kapasiti  500 jemaah itu turut menyediakan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), selain menjadi pusat aktiviti keagamaan bagi penduduk di dua buah kampung iaitu Kg Kekapor dan Kg Kekapor Baru.

“Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Adun Kuala Penyu yang sentiasa prihatin terhadap keperluan ibadah kaum muslim di kampung ini.

“Lebih kurang 98 peratus penduduk di sini adalah muslim, jadi bila tiba Hari Raya Aidilfitri ramai yang balik kampung dan solat hari raya di masjid ini.

Ali (kanan) mengiringi Limus (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

“Jadi, harapan saya semoga umat Islam di sini dapatlah memanfaatkan kemudahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau ditemui media dalam majlis penyampaian sumbangan dan moreh bersama jemaah terawih di masjid tersebut.

Sumbangan berupa keperluan ibadah seperti 50 unit kerusi, 10 unit meja untuk KAFA, 50 helai sejadah serta jam dinding surau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury.

Turut menerima sumbangan, 56 golongan asnaf warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin selain 50 kanak-kanak serta jemaah terawih menerima duit raya.

Dalam majlis berkenaan, Limus yang juga Adun Kuala Penyu turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua kampung untuk mendengar masalah yang dihadapi penduduk akar umbi.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top