KUDAT: Dewan Ulama PAS Sabah mahu calon mewakilinya bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ia meluluskan usul menghantar calon mewakilinya pada perhimpunan tahunan kali ke-22 sayap negeri itu semalam.
“Ianya diluluskan secara majoriti serta sebulat suara,” kata Ketua Urusan Ulama PAS Kalabakan, Roslan Ramli dalam kenyataan.
Pada pilihan raya umum 2018, parti Islam itu bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Ia kalah di semua kerusi itu, dan tidak pernah menang sebarang kerusi di Sabah.-FMT
Komen