UFO Meletup di Ruang Udara Turki?

UFO1.jpg
Kongsi Bersama

ISTANBUL: Sebuah objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dipercayai meletup dan jatuh di ruang udara Turki.

Lapor The Mirror, insiden yang berlaku di bandar Izimir di Aegean berjaya dirakamkan melalui video pada pukul 2 pagi, kelmarin.

Menerusi beberapa klip video, objek berwarna hijau itu dilihat menghilang di belakang bukit, tetapi rakaman lain menunjukkan cahaya terang muncul sebelum meteor seolah-olah kelihatan terhempas ke bumi.

Kejadian luar biasa itu menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai insiden sebenar yang berlaku sehingga ada yang mempercayai ia adalah kemunculan UFO.

Pakar Astrofizik, Prof. Dr. Hasan Ali Dal menjelaskan fenomena ‘bola api’ berlaku apabila meteor mula terbakar semasa memasuki astmosfera bumi.

Katanya, batu angkasa kebiasaannya akan hancur sebelum sampai ke tanah dan proses itu boleh kedengaran seperti bunyi letupan.

“Biasanya terbakar di lapisan atmosfera atas. Ini harus dianggap sebagai versi fenomena yang lebih spesifik yang dikenali sebagai bintang jatuh dalam kalangan orang yang pernah merasai semasa hujan meteorit,” jelasnya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top