TYT Rai Tetamu Khas Sempena Aidilfitri

TYT.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R M Jasni hari ini meraikan kira-kira 200 tetamu khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan majlis sederhana di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Julia Salag serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam bersama beberapa menteri Kabinet negeri yang lain.

Pelbagai hidangan menarik yang sinonim dengan sambutan Syawal disajikan pada majlis itu antaranya sate, ketupat, lemang dan rendang.

Majlis sambutan itu dianjurkan selepas dua tahun majlis seumpamanya tidak diadakan akibat penularan COVID-19, namun kali ini tanpa kehadiran ribuan rakyat Sabah seperti sambutan sebelum pandemik melanda negara.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top