TYT dan Ketua Menteri meriahkan sambutan Kaamatan di KDCA

TYT-Kaamatan.jpg

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bermain alat muzik tradisional kulintangan di Rumah tradisi Bisaya, Beaufort selepas Perasmian Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Penampang pada Khamis.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan 2024 Peringkat Negeri Sabah di Hongkod Koisaan KDCA di Penampang, pada Khamis.

Turut mengiringi ialah Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Yang turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir merasmikan majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top