TVET: 500 pelatih dari Sabah akan dihantar ke China

tvet.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Seramai 500 pelatih dari Sabah akan diambil bagi mengikuti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China menerusi tawaran diberikan kepada pelajar dari Malaysia untuk mendalami bidang itu di negara berkenaan pada tahun ini.

HMetro dalam laporannya memetik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,000 tempat disediakan di institut TVET di China pada tahun ini seperti diumumkan sebelum ini.

Katanya, Sabah memerlukan tenaga mahir dalam pelbagai bidang TVET, khususnya yang berasaskan teknologi tinggi bagi memenuhi keperluan industri dan kehendak pelabur yang datang ke negeri ini.

“Saya selaku Pengerusi TVET negara akan memastikan generasi muda Sabah diberikan latihan TVT untuk memenuhi keperluan kerja berdasarkan teknologi tinggi dalam industri di negeri ini.

“Apa yang kita mahu Malaysia – China Institute (MCI) yang ditubuhkan pihak MARA menyamai German – Malaysia Institute (GMI) dimanfaatkan sepenuhnya dan saya diminta oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar TVET ke negara itu dengan diberi biasiswa.

“Saya akan pastikan 500 daripada jumlah itu datang dari Sabah dan ini saya akan selaraskan dengan rakan bahagian (UMNO) di Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan UMNO Berkelompok peringkat negeri Sabah dan jamuan Aidilfitri UMNO Putatan, di sini, malam tadi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top