Tut Tut, Aplikasi Penghantaran Makanan Halal Terbaharu Sabah

IMG_20220111_212728.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Permintaan yang tinggi terhadap penghantaran makanan membuka ruang kepada pembangunan aplikasi terbaharu, Tut Tut.

Aplikasi dibangunkan dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Islam Kedah Berhad dan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini menyasarkan pengusaha restoran halal di Sabah.

Dianggarkan 1,000 pengusaha restoran termasuk restoran mamak di Sabah akan menyertai aplikasi yang dilancarkan hari ini.

Berikutan itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara TT delivery Sabah Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Muslim Sabah dimeterai dalam pelancaran tersebut.

Mana-mana individu yang ingin menjadi penghantar makanan Tut Tut boleh menyertai pasukan TT delivery Sabah

Aplikasi Tut Tut ini boleh dimuat naik menerusi playstore. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top