Tuntutan Untuk Kemajuan Sabah Mesti Diutamakan – Dr Aliakbar

Aliakbar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyokong penuh sebarang tuntutan berkaitan kemajuan negeri Sabah.

Setiausaha PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan berkata, beliau merujuk secara khusus kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, sebahagian yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia mesti direalisasikan sepenuhnya.

Katanya lagi, jika ada perkara-perkara lain berkaitan hak Sabah yang perlu diselesaikan, pihak Persekutuan sepatutya menyelesaikan segera.

“Secara fizikal kita melihat Sabah masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek khususnya infrastruktur,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, memandangkan konsep federalisme yang diamalkan, Sabah tidak sepatutnya keginggalan berbanding negeri-negeri lain, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kekayaan negara.

“Saya masih ingat kata-kata Presiden PAS pada tahun 2013 semasa Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu.

“Beliau mengatakan dari segi keadilan sepatutnya kekayaan Sabah digunakan sepenuhnya untuk kemajuan dan pembangunan Sabah sebelum diserahkan kepada pusat. Ini kerana Sabah masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri-negeri lain,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top