Tuntutan Sulu: Tiada Bukti Kerajaan Filipina Terlibat – Anwar

PM-Anwar.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan setakat ini tiada sebarang bukti yang mengaitkan kerajaan Filipina terlibat dengan tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Sabah.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengadakan dua kali rundingan dengan Presiden Filipina, Ferdinand “Bombong” Marcos Jr berhubung tuntutan tersebut.

“Apakah ada sedikit bukti yang menunjukkan kerajaan Filipina terlibat?

“Setakat ini tidak ada bukti penglibatan kerajaan Filipina yang saya tegaskan.

“Saya ada rundingan dua kali dengan Presiden Filipina berkaitan perkara ini… tentu kita tersinggung tapi ia tidak melibatkan kerajaan Filipina,” katanya pada sesi penerangan Perdana Menteri mengenai status terkini tuntutan lapan warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang ingin tahu sama ada tuntutan waris Sulu ada kaitan dengan kerajaan Filipina.

Dalam masa sama, Anwar turut mengulas mengenai soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai kerajaan Filipina yang enggan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah selain mewujudkan pejabat majlis mereka di negeri itu.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tuntutan dibuat itu telah dibuat sejak penubuhan Malaysia 1963 dan kerajaan akan mempertahankan hak Sabah.

“Tuntutan itu sejak penubuhan Malaysia 1963. Kerajaan silih berganti dan semua kerajaan sebelum ini menolak tuntutan itu dan mempertahankan hak Sabah.

“Sama ada dia tubuh pejabat majlis di Kota Kinabalu atau tidak, dia tidak sama sekali mempengaruhi keputusan kita bahawa Sabah itu kawasan negeri mutlak bersama Malaysia,” tegasnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top