Tuntutan Sulu: Malaysia Menang Di Mahkamah Rayuan Paris

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

Malaysia memperoleh kemenangan sekali gus mengetepikan penganugerahan timbang tara (purported arbitral awards) sebanyak AS$14.94bil (RM68.83 bilion) yang perlu dibayar kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Mahkamah Rayuan Paris memaklumkan kemenangan berpihak kepada Malaysia semasa prosiding di Paris pada Selasa.

Peguam Tengku Datuk Fuad Ahmad berkata, pengetepian anugerah itu akan menjadikan penganugerahan timbang tara Sepanyol yang kontroversi atas pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu pada 2021 yang berpihak kepada waris Sulu tidak boleh dikuatkuasa.

“Harta Malaysia adalah selamat, mereka tidak dapat menguatkuasa anugerah yang telah terbatal,” kata Fuad, yang merupakan peguam bagi kerajaan negeri.

Berdasarkan terjemahan awal keputusan undang-undang mahkamah Perancis, Mahkamah Rayuan Paris mengizinkan permohonan Malaysia berdasarkan Artikel 1520,1 prosedur sivil Perancis yang menyatakan bahawa pelantikan Stampa sebagai hakim adalah tidak kompeten.

Dalam pada itu, keputusan ini sekali gus membatalkan perintah Presiden Mahkamah Paris pada 29 September 2021 yang memberikan pelaksanaan anugerah arbitraj yang diberikan di Madrid pada 25 Mei 2020 oleh Stampa.

Stampa, yang mengabaikan keputusan mahkamah di Sepanyol untuk menghentikan kes arbitraj Sulu di Madrid pada tahun 2020, telah memindahkan arbitrasinya ke Paris di mana beliau memberikan US$14.94 (RM68.83 bilion) kepada pihak yang mengemukakan tuntutan Sulu.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Hague mendengar permohonan pihak yang didakwa waris Sulu bagi mengiktiraf dan melaksanakan pembayaran pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Kerajaan Malaysia.

Menerusi prosiding itu, Malaysia mengemukakan pembelaannya bahawa keputusan akhir Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) adalah terbatal dan tidak sah, manakala permohonan penuntut tidak boleh diterima dan perlu dinafikan dalam apa juga keadaan. – AWANI/Agensi

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top