Tuntutan palsu: Tiga individu termasuk anggota Rela direman

sprm.jpg

Tiga individu termasuk anggota Rela direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu. - Foto Bernama

Kongsi Bersama

LABUAN: Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.

Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles semalam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita yang berusia 30-an itu ditahan di pejabat SPRM Labuan pada 2.30 petang kelmarin (Selasa) selepas hadir memberikan keterangan.

Suspek didakwa mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada ibu pejabat Rela Sabah untuk tugasan rondaan bersempena dengan sambutan kemerdekaan di Labuan pada 2019.

Seorang daripada suspek tidak lagi berkhidmat dengan Rela, manakala dua lagi kini bertugas di pejabat Rela Labuan dan Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top