Tune Talk Lancarkan Pelan Borneo25 Untuk Sabah, Sarawak

tune-talk-copy.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tune Talk mengumumkan pelancaran Pelan Borneo25, satu pelan prabayar mudah alih yang direka khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Tune Talk dalam satu kenyataan, tawaran itu yang dibuat selaras dengan perayaan pesta Kaamatan dan Gawai, bertujuan menyerikan lagi perayaan istimewa penduduk Borneo dengan menyediakan sambungan internet yang lancar, sama ada di bandar atau kawasan pedalaman, dan pada masa yang sama sebagai hadiah kepada pelanggan setianya.

“Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam memperkasakan komuniti melalui kemajuan digital, Tune Talk sentiasa mengutamakan keperluan pengguna dan berusaha untuk menyediakan produk baru dengan rangkaian yang stabil pada harga yang berdaya saing.

“Dengan memahami permintaan penduduk Sabah dan Sarawak, kami dapat menawarkan pelan mudah alih yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan lebih nilai,” kata kenyataan itu.

Pelan Borneo25 menawarkan Internet, Panggilan dan Chat Tanpa Had (melalui WhatsApp, WeChat), berserta perkongsian Hotspot sebanyak 30GB, sah selama 30 hari.

Pengguna kini boleh melanggan Pelan Borneo25 pada harga RM20 untuk masa terhad.

Dengan pelan ini, pelanggan dapat menonton video tanpa buffering, main game tanpa gangguan, skrol TikTok dengan lancar dan banyak lagi.

Pelanggan boleh membeli Pek Borneo baharu di mana-mana kedai Tune Talk di Sabah dan Sarawak atau berhubung dengan rakan kongsi Tune Talk di Borneo. Untuk info lanjut mengenai pelan dan perkhidmatan Tune Talk, layari laman web tunetalk.com.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top