Tunai solat dulu, baru lari…

subuh-dulu.jpg

Kredit foto: FB Tawau

Kongsi Bersama

TAWAU: Penganjuran acara ‘Lari, Subuh Dulu’ (LSD) diharap menjadi batu loncatan sekali gus menggalakkan umat Islam menunaikan solat secara berjemaah di masjid atau surau.

Penyelaras program Feby Arman Sharif berkata, idea itu tercetus dengan mengambil ilham daripada artis tanah air Alif Satar yang menggerakkan kempen #gengsubuhmacamjumaat, baru-baru ini.

Menurutnya, ia bukan setakat mengikut trend semasa, tetapi percaya sukan larian mampu menyatukan pelbagai golongan masyarakat menerusi penganjuran aktiviti kecergasan yang menyihatkan.

“Alhamdulillah, kami mendapat respons sangat positif dengan penyertaan lebih 300 jemaah yang memenuhi ruang solat utama Surau Al-Firdaus, Kompleks Sukan Tawau (KST).

“Malah, ada di kalangan anak muda yang mengambil peluang beriktiqaf di surau ini sebagai tanda sokongan kepada acara ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bendahari Kelab Pelari Tawau itu berkata, lebih menarik acara yang julung kali diadakan memberi peluang kepada peserta untuk menamatkan larian mengikut kemampuan masing-masing.

Menurutnya, ia membabitkan tiga cabaran larian iaitu 15 kilometer (lari dalam iman); enam kilometer (lari dalam taqwa) dan tiga kilometer (lari dalam sarung).

“Kami berhasrat untuk mengembangkan acara ini dengan pemilihan lokasi atau masjid yang bersesuaian pada masa akan datang,” katanya. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top