Tun Sakaran Dirawat Di Hospital Akibat Covid-19

IMG_20210825_184932.png
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Sabah, Tun Sakaran Dandai menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas dijangkiti Covid-19.

Anaknya, Datuk Nasir berkata, Sakaran dimasukkan ke Hospital Gleneagles Rabu minggu lalu.

Semalam, beliau dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Doktor memberitahu mereka memindahkan beliau untuk meningkatkan peluangnya pulih,” katanya menerusi video yang dikongsi dalam kumpulan WhatsApp media Sabah hari ini.

Nasir berkata, Sakaran, 91, dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, adik-beradik dan saya sudah berkomunikasi dengan ayah kami seperti sedia kala melalui panggilan video dan beliau boleh memberikan tindak balas dengan memaklumkan beliau dalam keadaan baik.

“Beliau makan seperti biasa juga. Malah, melalui panggilan video sebentar tadi, beliau meminta kami mendoakan beliau cepat sembuh,” kata Nasir yang juga bekas ADUN Sabah daripada Umno.

Sakaran, yang juga bapa saudara kepada bekas ketua menteri dan Presiden Warisan, Shafie Apdal, pernah dilantik sebagai ketua menteri dari Mac hingga Disember 1994 serta Yang di-Pertua negeri dari 1995 hingga 2002. – FMT

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top