Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu – Salleh

SSK.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak memberi bayangan kemungkinan berlakunya krisis politik baharu yang didalangi oleh Tun Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Mahathir bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).

“Tun Mahathir dikenali sebagai seorang yang hanya menggerakkan langkah apabila beliau dapat melihat dan merebut peluang yang memberi manfaat daripada segi politik.

“Begitu juga dengan langkah beliau menjadi ketua de facto Gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya percaya ini hanya merupakan langkah pertamanya di mana banyak lagi yang menyusul pada masa akan datang”, ujar Salleh dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Pada masa sama, Salleh turut mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar berwaspada dengan gerak geri Mahathir bagi mengelakkan kemungkinan krisis politik yang didalangi PN.

“Pakatan Harapan perlu berfikir dan terus mendahului Tun Mahathir jika mereka ingin mengelak kemungkinan krisis politik yang didalangi Perikatan Nasional di bawah pimpinan de facto baharunya.

“Saya percaya pimpinan Pakatan Harapan berkemampuan menjangka dan menyelami terlebih dahulu tentang apa yang diharapkan daripada Tun Mahathir jika beliau membuat sebarang langkah dalam masa terdekat”, ujar Salleh.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top