Tun Juhar terima pangkat kehormat Laksamana Muda Maritim

Tun-Juhar-APMM.jpg

(Kredit foto: APMM)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata penganugerahan pangkat kehormat berkenaan, melakar sejarah tersendiri apabila ia julung kali dianugerahkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kerana sudi menerima pangkat tersebut.

Penganugerahan pangkat kehormat ini sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar serta kerajaan Sabah, atas sokongan penuh kepada Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat kehormat tersebut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top