Tun Juhar Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Tun-Juhar-Singapore.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon, pada Rabu.

Rombongan yang disertai Setiausaha Pertama (Politik), Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia, Warran Kalasegaran dan Darren Kee itu bertujuan untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama yang lebih baik di antara Sabah dan Singapura terutamanya selepas pandemik Covid-19.

Vanu turut memaklumkan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Ekonomi Sabah di Singapura baru-baru ini merupakan satu permulaan yang baik dan dapat menggalakkan kemasukan pelaburan dua hala di antara Sabah dan Singapura.

Selain itu, Vanu juga menjemput Tun Juhar melawat ke Kota Singa bagi mengeratkan hubungan di antara pemimpin Sabah dan Singapura.

 

Sumber: JAPEN Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top