Tun Hanif Omar meninggal dunia

tun-hanif.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff.

“Dengan perasaan amat dukacita.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” kata Abdul Rahmat dalam kenyataan ringkas.

Urusan jenazah akan menyusul kemudian, jelas beliau lagi.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 16 Januari 1939, Mohammed Hanif merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.

Beliau dilantik sebagai KPN pada usia 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh ditembak komunis.

Selepas persaraan pada Januari 1994, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Tun Hanif Omar adalah Penaung Yayasan Pengaman Malaysia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top