Tun Faisal, Ras Adiba Radzi Sertai Bersatu

Tun-faisal.jpg

Tun Faisal menerima sijil keahlian Bersatu daripada Muhyiddin.

Kongsi Bersama

SEREMBAN: Mantan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Aziz dan bekas Pengerusi Bernama, Ras Adiba Radzi disahkan sebagai ahli Bersatu oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua personaliti itu menerima sijil keahlian Bersatu di hadapan kira-kira 2000 orang penyokong Perikatan Nasional yang hadir dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan.

Tun Faisal yang juga merupakan mantan Exco Pemuda UMNO dipecat dari parti tersebut pada Januari lalu atas sebab mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Tun Faisal memilih menyertai Bersatu kerana percaya beliau boleh memainkan peranan yang lebih baik demi kepentingan agama, bangsa dan negara selepas mendapati UMNO telah hilang nilai perjuangan tersebut.

“Saya ialah orang yang percaya kepada jemaah atau bekerja dalam organisasi, jadi saya perlu berada dalam satu-satu organisasi untuk membantu perjuangan yang saya percaya.

“Bagi saya, PAS atau BERSATU, sama saja kerana kedua-duanya berada di bawah PN. Bagaimanapun, melihat kepada aspek di Putrajaya, tempat yang saya sudah biasa, Ahli Parlimen Datuk Dr Radzi Jidin yang mewakili Bersatu,” katanya.

Pada majlis sama Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut menerima borang keahlian daripada mantan Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan Mantan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yus Mazmu Ahmad Yusof.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top