Tumpu Tangani Covid-19, Bukan Masanya Bincang Agihan Kerusi – SSK

SSK.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said (gambar fail)

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) menasihatkan ahli politik dinasihatkan tidak gopoh membincangkan isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika ini bagi mengelak persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata ahli politik dan rakyat harus sentiasa berwaspada kerana misi utama dalam mengawal kes penularan Covid-19, termasuk masalah berkaitan yang dihadapi rakyat di negara ini.

“Ini meliputi masalah kesihatan, kewangan, dan kestabilan politik.

“Oleh itu, wajar kita berhati-hati dalam sebarang perbincangan berkaitan PRU-15, sama ada berkaitan kerjasama politik, pengagihan kerusi atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan Salleh timbul di tengah-tengah pertelingkahan antara Perikatan Nasional (PN), dalam pembahagian kerusi antara komponennya dengan Umno.

Semalam, Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Bercakap kepada pemberita, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, mereka perlu menghadapi “realiti politik” ini sekiranya Umno enggan berganjak dalam pendiriannya.

“Ini realiti politik, kadang-kadang bersahabat bermusuh,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin Bersatu Sabah di sini.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam kenyataannya, berkata beliau sekali lagi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Katanya, keputusan itu adalah muktamad.

Salleh ketika mengulas lanjut, berkata penting bagi ahli politik mengelak sebarang persepsi negatif kerana rakyat memerlukan kita menyelesai atau memberikan keutamaan kepada masalah rakyat.

“Masa sekarang adalah untuk bekerja, dan rakyat pasti akan menilai sebaiknya kelak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top