Tumpang Gembira 5 Negeri Masuk Fasa 2 PPN, Tetapi Bagaimana Dengan SOP Sabah? – SSK

SSK-4.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak menzahirkan rasa gembiranya dengan berita mengenai lima buah negeri di Semenanjung dibenarkan masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Lima negeri tersebut adalah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dan peralihan dibuat bermula 5 Julai ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam sidang media hari ini.

Dalam hantaran di akaun Facebooknya, Salleh berkata, beliau tumpang gembira mendengar berita itu.

Walau bagaimanapun ADUN Usukan itu turut melahirkan rasa hairannya kerana sehingga kita belum ada sebarang berita (dari Putrajaya) mengenai SOP Sabah.

“Ini menyebabkan kekeliruan dan keresahan yang tidak sepatutnya berlaku. Harap Kerajaan Pusat ambil maklum dan tolong hormati permohonan kami di Sabah,” tulis beliau.

Pada Isnin lepas, kerajaan negeri Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai Selasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.

Dalam kenyataan itu juga, Hajiji menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang dikeluarkan MKN.

Susulan itu jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kerajaan negeri sudah mengemukakan perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu ketika pelaksanaan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini difahamkan pihak Persekutuan masih belum memberi sebarang reaksi balas terhadap SOP baharu itu.

 

 


Kongsi Bersama

1 Reply to “Tumpang Gembira 5 Negeri Masuk Fasa 2 PPN, Tetapi Bagaimana Dengan SOP Sabah? – SSK”

  1. Myboll Bung says:

    Hairan mengapa dtk salleh gembira kerana 5 Negeri di semananjung dibenarkan masuk fasa 2 PPN sedangkan kita di Sabah masi dlm keadaan disebaliknya, ingat Sabah jga tersenarai, jdi apa significant nya bangang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top