Pemimpin kanan PKR termasuk daripada sayap pemudanya, yang merupakan jentera penting dalam mendapatkan sokongan rakyat bertindak menyelar Anwar Ibrahim selepas beberapa kali dikecewakan oleh presiden mereka, menerusi satu perbualan tular dilihat oleh MalaysiaNow.
Perbualan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu jelas menunjukkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap Anwar, selepas kegagalan membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam tangkap layar perbualan yang dilihat MalaysiaNow, dua pemimpin utama Pemuda PKR mengkritik tokoh politik veteran itu mengatakan ahli akar umbi parti dipermainkan dan berterusan bergaduh sesama sendiri sedangkan imej Anwar kekal sebagai “dewa”.
Baca seterusnya di malaysianow