Tular gambar pegang senjata api, remaja 15 tahun ditahan

pegang-senjata.jpg

Gambar remaja sedang menggunakan alat menyerupai senjata api yang tular di aplikasi WhatsApp. - Foto PDRM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas tular gambar menunjukkannya menggunakan alat menyerupai senjata api di tingkap blok sebuah kondominium di Jalan Kayu Madang di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek berkenaan ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di rumahnya di kondominium sama pada pukul 5.36 petang Sabtu.

Menurut beliau pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai gambar tular di kumpulan WhatsApp menunjukkan seorang remaja menggunakan alat menyerupai senjata api di tingkap kondominium di Jalan Kayu Madang.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan menemui satu laras senjata api tiruan menyerupai AK47 dan sepucuk pistol tiruan.

“Hasil soal siasat suspek mengakui melakukan perbuatan tular itu pada 2 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi bertempat di tangga rumah dan membelinya di sebuah kedai di bandar raya dengan harga RM158 dan RM54,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat itu, pasukan polis membuat serbuan di kedai menjual senjata api tiruan di sebuah kompleks beli-belah di sini.

“Sejumlah senjata tiruan dirampas dan menahan seorang lelaki dan wanita berusia 15 dan 19 tahun yang bekerja di premis berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

 

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top