Tular Curi Barang Kes: SPRM Sahkan 3 Pegawai Kanannya Ditahan

sprm.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berkait dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan, dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya ini akan membuat siasatan secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana ia akan menjejaskan siasatan.

“Semua individu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 Sept hingga semalam.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan berita berkenaan di media sosial yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman.

“Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai USD6 juta (RM25 juta) milik seorang individu yang pernah disiasat,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top