Tujuh rumah terbakar di Semporna, seorang lelaki rentung

kebakaran-Semporna.jpg

Foto: Bomba Semporna

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran tujuh rumah kayu di Kampung Pinggiran Bakau di sini pagi semalam.

BERNAMA dalam laporannya semalam memetik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman sebagai berkata mangsa bukan warganegara Malaysia dan dikenali sebagai ‘Ladin’ dalam kalangan penduduk kampung itu ditemukan rentung di kawasan tandas rumahnya pada 11.16 pagi.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu pada 9.02 pagi, turut bersama membantu kami memadam kebakaran di keluasan 1,309 meter persegi itu adalah pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna.

“Turut musnah dalam kebakaran ini adalah sebuah kedai runcit serta dua kenderaan,” katanya kepada BERNAMA.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak pada 9.45 pagi, sekali gus menyelamatkan kira-kira 50 rumah lain berhampiran lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada 12.30 tengah hari semalam.

Madzlan berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top