Tujuh Penjuru di DUN Bugaya

bendera.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di sini, yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan saingan tujuh penjuru.

Barisan Nasional (BN) menurunkan calonnya Abdul Aziz Mohd Ibno, manakala Warisan pula mempertaruhkan Jamil Hamzah.

Turut bertanding ialah Mohd Hassan Abu Bakar (Pejuang), Karil Pangeran Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah); Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia); Arastam Pandorog (PH); serta Jufazli Shi Ahmad (Bebas) yang menggunakan lambang perahu.

Kerusi DUN Bugaya kosong sejak 17 November 2020 berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah yang menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 atas tiket Warisan dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.

Pada Disember 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat terhadap DUN Bugaya bagi mengelak PRK sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak Covid-19.

Pengisytiharan darurat itu hanya ditamatkan pada 6 Oktober lepas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top