Tujuh Kaki Judi Sabung Ayam Ditahan

polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tujuh lelaki termasuk seorang warga asing ditahan selepas terlibat dengan kegiatan judi sabung ayam di Kampung Bunga Raya, Kepayan, di sini, kelmarin.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis menerusi Op Dadu Khas di kawasan hutan kampung berkenaan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, serbuan dilakukan sebaik menerima maklumat awam dan hasil risikan mengenai aktiviti perjudian sabung ayam di kampung tersebut.

Katanya, semasa serbuan dilakukan di lokasi tersebut, sekumpulan kaki judi bertempiaran lari masuk ke dalam hutan untuk meloloskan diri.

“Namun, tujuh lelaki termasuk seorang warga asing disyaki terlibat dengan aktiviti tersebut berjaya ditahan bersama lima ekor ayam sabung.

“Semua suspek berumur 30 hingga 55 tahun dan ayam sabung dianggarkan bernilai RM1,500 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lokasi berkenaan disyaki dijadikan sebagai tempat kegiatan perjudian dan aktiviti sabung ayam.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiyaan Binatang 1952,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top