Tuduhan ‘Polis Kejam’ Tidak Adil, Nilailah Secara Matang- KPN

KPN.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyifatkan perbuatan melontarkan pelbagai tuduhan liar terhadap polis sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pasukan itu dilakukan oleh individu yang sengaja ingin “popular”.

Menurut beliau, anggapan seperti “polis kejam” kerana mengenakan tindakan tegas, termasuk kompaun, adalah tidak wajar kerana setiap tindakan diambil mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya, macam kes di Lahad Datu, kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.

“Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang, kes telah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi.

“Sehubungan itu, polis kena ambil tindakan untuk elak mereka berkeliaran, mereka mungkin dijangkiti. Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000.

“Cerita sebenarnya kami tangkap di bawah Akta Imigresen dan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan, tidak ada niat pun hendak kompaun … kami tahu takkan mereka mampu, RM5 pun mereka tidak ada, usahkan RM10,000. Jadi nak kata polis kejam tu tidak adillah,” kata beliau.

Jelas beliau, begitu juga dalam kes melibatkan sepasang kekasih yang kononnya dikompaun RM10,000 ketika sedang makan dan minum di Cheras baru-baru ini, tindakan itu sebenarnya bukan dilakukan oleh pihak polis, namun oleh sebuah agensi kerajaan yang lain.

Baca seterusnya di: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top