Tuaran, Tenom antara 14 kawasan amaran cuaca panas tahap satu

cuaca-panas.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tuaran dan Tenom di Sabah adalah dua daripada 14 kawasan di negara ini yang dijangka mengalami cuaca panas tahap satu selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga itu jam 4.30 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu) termasuk Kelantan di Gua Musang.

Turut tersenarai adalah dua kawasan di Sarawak iaitu Mukah dan Telang Usan.

“Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top