Tu dia… nasi putih RM2.50 sepinggan!

nasi-mahal.jpg

Resit bayaran yang diterima oleh pelanggan terbabit di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Berapa harga yang biasa anda bayar untuk sepinggan nasi putih? Setahun lepas mungkin antara RM1 hingga RM1.50, dan sekarang ini antara RM1.20 hingga RM2, bergantung pada premis di mana anda membelinya. Jika restoran banyak bintang, ‘berbintang’ sedikitlah harganya.

Tetapi bagaimana dengan harga RM2.50 bagi sepinggan nasi putih di sebuah restoran biasa?

Menurut KOSMO! ONLINE, seorang pelanggan meluahkan rasa terkejur apabila dikena caj sebanyak itu bagi sepinggan nasi putih di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Perkara itu didedahkan pelanggan terbabit menerusi aplikasi X yang menyifatkan harga tersebut terlalu mahal ketika menerima resit bayaran untuk makanan yang diambil.

“Harga nasi putih RM2.50, jangan normalisasikan semua benda nak naik harga. Ada pula yang boleh cakap ‘biasa la sekarang semua barang mahal’.

“Cuba periksa kalau yang meniaga ini guna barang subsidi ke tidak? Paling utama siapa tuan kedai, warga tempatan atau warga asing,” soalnya.

Selain nasi putih, antara harga makanan lain yang turut menarik perhatian adalah sup tulang yang mencecah RM19.

“Paling aku benci baca ayat ‘kena terima hakikat, terima kenyataan’. Masalahnya peniaga itu betul jujur ke sebab kebanyakan peniaga banyak yang ambil kesempatan,” ujar Azman.

“(Mak aih) cekik darah betul, meja pun calar-balar nak can harga kafe, harga sup tulang pun RM19 memang gila,” ujar Kalima.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top