‘Transporter’ warga asing ditahan, syabu dirampas

transporter-dadah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU : Seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi ‘transporter’ ditahan bersama 13.46 gram syabu di sekitar kawasan hadapan sebuah pondok hentian bas, Batu 15 Jalan Apas, Tawau, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 52 tahun itu, pada mulanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika polis menjalankan rondaan cegah jenayah kira jam 3.30 petang.

Katanya, polis kemudiannya bertindak menahan suspek dan hasil siasatan awal membawa kepada penemuan syabu seberat 13.46 gram.

“Suspek menyerahkan tiga peket plastik lutsinar berlainan saiz setiap satunya berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 13.46 gram dengan anggaran harga RM1,100.

“Polis menahan dan dia dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan dan hasil ujian saringan mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jasmin berkata, suspek akan direman serta disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis giat mengesan rangkaian pengedaran dadah di daerah ini dan tidak akan berkompromi dengan penjenayah malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan dadah.

“Mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang, PDRM Tawau mengalukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat bersama membanteras kegiatan jenayah dan dadah,” jelas Jasmin. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top