Tragedi Sahur, Suami Isteri Melecur

gas-meletup.jpg

Letupan gas memasak yang mengakibatkan sepasang suami isteri melecur di PPR Sri Semarak, Tawau semalam-IHSAN BOMBA

Kongsi Bersama

TAWAU: Sepasang suami isteri melecur dalam kebakaran melibatkan dapur gas di kediaman mereka di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Semarak di sini pada awal pagi semalam (Selasa).

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mangsa wanita berusia 40 tahun melecur hampir di seluruh badan manakala suaminya turut cedera namun tidak terlalu teruk dan kedua-duanya dikejar ke Hospital Tawau untuk rawatan selanjutnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.36 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Tawau.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan dapur yang berpunca daripada kebocoran gas ketika sedang menyiapkan makanan untuk bersahur.

“Akibat kejadian itu menyebabkan berlakunya letupan dan kecederaan kepada pasangan berkenaan. Mangsa wanita melecur sebanyak 80 peratus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jemishin berkata, operasi memadamkan kebakaran dilakukan oleh orang awam dan pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Mangsa juga telah dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).- SINAR HARIAN

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top