Tragedi Double Six: Laporan Australia Cetus Banyak Persoalan Perundangan

yong-teck-lee004.jpg

DSP Yong Teck Lee (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Laporan Tribunal Bencana Australia kelmarin berhubung pendedahan siasatan syarikat penerbangan yang mengendalikan pesawat terhempas dalam tragedi ‘Double Six’ disifatkan menimbulkan semakin banyak persoalan khususnya berkaitan perundangan.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berkata, pihaknya perlu membuat penelitian semula susulan laporan terbabit yang dikeluarkan itu.

“Saya perlu membuat penyelidikan teliti laporan daripada Australia itu. Ia lebih terperinci berbanding laporan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.

“Saya tertanya-tanya kenapa adanya keperluan untuk mengkelaskan dua laporan pada mulanya.

“Adakah terdapat sebarang tuntutan undang-undang yang dipadamkan disebabkan tempoh yang lama dalam mengeluarkan dua laporan ini?

“Saya turut berpendapat terdapat beberapa isu perundangan dan perkara berkaitan pengurusan penerbangan perlu dijawab oleh pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi Hmetro semalam.

Menerusi Laporan Tribunal Bencana Australia, syarikat penerbangan yang mengendalikan pesawat dalam tragedi Double Six yang mana meragut 11 nyawa termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens didapati beroperasi secara haram.

Laporan yang dinyahklasifikasikan mendedahkan siasatan nahas terbabit menyatakan, Sabah Air menghantar draf manual operasinya pada hujung 1975 tetapi tidak diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (CAD), ketika itu.

Melalui laporan sama, tribunal berkenaan berkata, beberapa fakta didedahkan semasa penyiasatan menunjukkan bukan saja amalan operasi yang lemah oleh Sabah Air, tetapi juga kegagalan di pihak CAD untuk memenuhi kewajipan mereka sebagai pihak berkuasa pensijilan tempatan. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top