KOTA KINABALU: Keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah, Sarawak tidak harus dilihat sebagai memenuhi tuntutan hak sama rata dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semata-mata.
Ini bukan soal tuntutan tetapi tentang kelayakan seorang pemimpin yang boleh membawa perubahan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (DARD) berkata, ramai dalam kalangan pemimpin Sabah dan Sarawak mempunyai pengalaman, berkebolehan dan berkaliber untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri mahupun Perdana Menteri.
“Saya kira pengalaman pemimpin Sabah dan Sarawak sama dengan orang-orang di Semenanjung. Jadi, tiada masalah untuk melantik pemimpin daripada Sabah, Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri asalkan orang yang dilantik itu mempunyai pengalaman dan berkebolehan.
“Jadi, sudah tiba masanya untuk negara ini memberi peluang kepada pemimpin Sabah, Sarawak memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berharap rakan-rakan di Semenanjung tidak bersikap prejudis atau was-was dengan kebolehan pemimpin Sabah, Sarawak.
Baca seterusnya di Utusan Malaysia