Tony Pua Jangka PH Sedia Tawarkan Gencatan Politik

tony-pua.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membayangkan Pakatan Harapan (PH) bersedia menawarkan gencatan politik bagi menjamin kestabilan negara.

Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat membuat tawaran serupa seperti ditawarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Sekiranya beliau (Ismail Sabri) dapat melakukan itu, dan ini sedang dirundingkan sekarang. Jika Ismail Sabri  menawarkan apa sahaja yang ditawarkan Muhyiddin (seperti) undang-undang anti lompat parti, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, dan reformasi Parlimen, maka kami bersedia menawarkan gencatan politik untuk memberikan kestabilan bagi kerajaan.

“(Gencatan politik) untuk melakukan reformasi ini sebelum pilihan raya umum berikutnya. Inilah sesuatu yang sedang kami usahakan dan kami cukup optimis untuk mencapai keputusan positif daripada perbincangan ini,” katanya dalam forum menerusi talian dianjurkan Oxford and Cambridge Society Malaysia, semalam.

Pada Rabu lalu, Ismail Sabri berjaya mencapai persetujuan dalam satu pertemuan bersama barisan pemimpin pembangkang bagi memperkasa fungsi Parlimen, menangani krisis Covid-19 dan ekonomi.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik barisan Kabinet baharu Ismail Sabri yang disifatkan menghampakan rakyat.

Ini kerana, nama-nama  dalam Kabinet Perdana Menteri baharu itu ramai membabitkan muka-muka lama. – UTUSAN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top