Tongod bakal miliki pekan baharu komersial bernilai RM7 juta

masiung.jpg

Masiung (tiga kiri) ketika melawat tapak projek berkenaan.

Kongsi Bersama

TONGOD: Daerah Tongod bakal menikmati pembangunan sebaik sahaja pekan baharu komersial yang menelan belanja RM7 juta dilaksanakan bermula bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, pembangunan itu sekali gus dapat mengeluarkan Tongod daripada daerah termiskin di negeri ini.

Katanya, projek pembinaan dua deret bangunan bertingkat itu dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) yang mengandungi 12 unit kedai.

“Ketika ini, projek fasa pertama sudah dimulakan bulan ini dengan pembinaan enam unit kedai dengan kos bernilai RM3.5 juta.

“Pembinaan projek fasa pertama di atas tapak seluas 1.17 ekar akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebelum meneruskan pembinaan fasa kedua,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi LPPB berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan projek itu, di sini.

Masiung berkata, dua unit daripada projek itu akan dicadangkan untuk dijadikan hotel penginapan dan selebihnya untuk perniagaan komersial termasuk makanan segera terkenal.

“Bangunan komersial dua tingkat itu akan dijual dengan nilai antara RM565,000 hingga RM619,000 bagi setiap unit tepi,” katanya. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top